EMAS SEBAGAI HARTA PUSAKA


Sebagai ketua keluarga saya terfikir akan hal ini. Apa yang dapat saya tinggalkan kepada anak-anak saya bila tiada nanti. Ada beberapa pilihan yang umum seperti tanah dan rumah. Tapi kedua-dua ini memerlukan modal yang besar untuk dimiliki.

Kalau tinggalkan duit sahaja. Sangat rugi kerana semakin lama nilai duit semakin menurun biarpun amaun yang besar, nilainya hari ini tidak sama dengan yang di masa depan disebabkan oleh inflasi.

Apabila diperkenalkan dengan emas, saya dapati ia sangat sesuai untuk dijadikan harta pusaka atas faktor berikut:

👉 Semakin lama, semakin bernilai (seperti tanah)

👉 Mudah dicairkan kerana sentiasa ada pembeli (tidak seperti tanah dan rumah)

👉 Mudah disimpan kerana tidak perlu ruangan yang besar (Dalam bentuk jongkong emas dan dinar)

👉 Tidak perlu modal yang besar mula memilikinya (Serendah Rm 100 boleh dapat emas)

👉 Mudah diagihkan kepada waris (cth miliki 5 keping jongkong emas 20 gram agih kpd 5 orang waris - Setiap waris dapat 20g jongkong emas)

👉 Boleh ditukar dengan aset lain (jual emas, hasil boleh beli tanah atau rumah)

👉 Kalis inflasi (tidak terkesan dengan inflasi)

Faktor-faktor ini cukup untuk meyakinkan saya untuk memilih emas untuk dijadikan harta pusaka. Kepada ketua keluarga yang membaca post ini, boleh pertimbangkan emas sebagai harta pusaka anda.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment